Sabtu, 03 Oktober 2015

Menulis Status di Fesbuk

 ««•»»
MENULIS STATUS DI FESBUK
««•»»
Tulislah dengan hati kamu. Hati yang suci dan penuh dengan keikhlasan.

Sayyidi Al-Habib Syed Abdul Kadir Al-Joofre pernah menceritakan kepada saya dan sahabat-sahabat. Ketika itu beliau menziarahi kami yang baru sahaja ditimpa musibah dan kehilangan tulisan-tulisan setelah laptop kami dicuri.

Beliau juga pernah menulis sebuah kitab berkenaan Faraid. Namun terdapat masalah pada laptopnya lalu tulisan itu hilang. Beliau menceritakan apa yang terjadi kepada gurunya. Maka, kata guru beliau :

"Mungkin kamu ada rasa tidak ikhlas ketika menulis."

Saya tersentak seketika. Mulai dari itu, saya akan sentiasa perbaharui niat saya ketika saya sedang menulis. Saya juga akan pastikan diri saya sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk, lebih-lebih lagi ketika sedang menulis.

Benar. Keikhlasan itu perlu. Untuk membuatkan tulisan kita itu sampai dan memberi kesan pada hati orang yang membacanya, ia perlu datang dari hati kita. Dari hati akan sampai ke hati.

Bila meng'update' atau 'comment' sesuatu status itu bayangkan, kalaulah Rasulullah ﷺ ada disebelah kita, rasa-rasanya dia akan tersenyum gembira atau tidak dengan tulisan kita itu.

"Shollu'ala Sayyidina Muhammadin wa 'ala ali sayyidina Muhammad."

Hal ini bukan berkaitan status facebook sahaja, malah apa sahaja yang berkaitan dengan penulisan. Akhir kalam, saya tinggalkan anda semua dengan kalam Al-Habib Umar yang saya rasa amat bermakna:
"Kita semua akan pergi, maka tinggalkanlah sesuatu yang memberi manfaat kepada kita di SANA nanti."
««•»»


Tidak ada komentar:

Posting Komentar